Kucing merupakan salah seekor binatang peliharaan ramai. Banyak kucing yang hanya dikelompokkan dalam jenis bulu panjang, bulu pendek dan bergantung kepada jenis rambut penutup tubuhnya.
Ada pelbagai jenis ras kucing, beberapa diantaranya ialah:
* Manx
Setengah orang menyebutnya Rumpy. Ekornya pendek, Warna bulunya cokelat dan lavender. Sifatnya setia, ramah dan pintar.
* Maine Coon
Asalnya dari Maine, AS, keturunan Angora dan American Shorthair. Sifatnya lucu, pemalu, dan mudah akrab. Bulunya tipis, lembut, dan warnanya bermacam-macam.
* British Shorthair
Dikembangkan di Inggeris. Kucing ini lembut, hangat, dan pintar. Warna bulunya ada yang polos (putih,hitam,biru,merah dan cream), dwiwarna, hitam pekat, belang.
* Burmese (Burma)
Kucing ini dibiakkan oleh Dr. Thompson (AS) dari kucing ratu wong mau (Burma) dan siam. Warna cokelat musang, warna lainnya biru, champagne, lifa, merah, cokelat, dan biru kura-kura. Sifatnya periang dan lucu.
* Chinchilla longhair
Inilah kucing persia paling anggun. Nenek moyangnya dari Inggeris. Ras ini dibahagi dalam dua jenis, iaitu chinchilla warna cerah (sejati) dan yang agak gelap (perak gradasi).
*Telon atau Calico
Warnanya putih dengan sedikit warna hitam atau oren, biru atau cream. Orang Jepun sering menyebut pola ini sebagai mi-ke. Kerana gen warna bulu bertaut dengan kelamin, kucing Calico yang beraneka warna ini umumnya betina.
Warnanya hitam dan oren, kadang kala terdapat juga warna putih yang terdapat di tubuhnya. Kucing yang memiliki warna hitam, oren terang, dan oren gelap disebut sebagai Calimanco atau Clouded Tiger.
Bergaris dengan bermacam pola. Pola klasik pada kucing ini berbentuk bulatan-bulatan atau lingkaran. Tabby jenis mackerel mempunyai tiga garis yang terdapat bi badannya.