Thursday, March 31, 2011

ITIK


Biasanya itik dibela di kawasan yang berparit atau berkolam kerana dipercayai itik memerlukannya dalam kehidupan untuk membesar dan membiak. 

Kebelakangan ini didapati bahawa itik-itk yang dibela secara intensif tanpa air untuk berenang lebih cepat membesar dari sebaliknya. 

Dengan menggunakan baka yang baik, pengurusan yang sempurna dan makanan yang seimbang, itik pedaging lebih cepat membesar daripada ayam.

Di sini terdapat beberapa jenis itik. Antaranya ialah:  

Peking

Aylesbury


Rouen


Cherry Valley


Muscovy ( Itik Nila/Itik Serati )


Friday, March 25, 2011

AYAM


Sebut je pasal ayam,,,teringat je kat paha ayam,,kepak ayam….huh…bestnya… 

Jom kita tengok jenis-jenis ayam kat bawah ni…. Nanti boleh buat sup…ngee….
 
Tapi tak semua ayam-ayam ni boleh dimakan tau…  =).

Ayam Daging
Ayam Kampung
Ayam Serama
Ayam Kapan
Ayam Belanda
Ayam Gajah

Wednesday, March 23, 2011

ARNAB


Arnab adalah sejenis haiwan yang sangat pembersih, dan menghabiskan masa yang lama untuk mengemas dan merapi diri.

Dan ini bermakna mereka tidak perlu dimandikan , bagaimanapun menyikat atau memberus mereka boleh menghasilkan lapisan bulu yang sihat dan juga mengelakan Hairfalls dari berlaku.

Sebenarnya ada banyak sangat arnab kat dunia ni..cantik-cantik sangat… Jom tengok kat bawah ni...


- Angora (English/French)


- Californian


- Dutch


- Dwarf Hotot


- Holland Lop


- Jersey Wooly


- Lionhead


-New Zealand White


KURA-KURA

Kura-kura (bahasa Inggeris: tortoise) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di banyak tempat di dunia

Ciri-ciri:
Kura-kura merujuk secara umum kepada haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrata), kelas reptilia.
Tubuh kura-kura dilindungi oleh kerangka khas yang terbentuk dari rusuk mereka.
Saiz kura-kura pula berbeza dari beberapa sentimeter sehingga dua meter.


Pada kebiasaannya kura-kura mempunyai tempoh hayat yang panjang dan hidup lama, sesetengah kura-kura diketahui hidup selama melebihi 150 tahun.
Makanan utama kura-kura adalah tumbuhan yang hidup dalam air seperti kangkung dan sawi.

Jenis kura-kura
Terdapat pelbagai jenis kura-kura di dunia, antaranya adalah :-


Kura-kura Besar
Kura-kura Daun
Kura-kura Duri
Kura-kura Gergasi
Kura-kura Leher Panjang
Kura-kura Telinga Merah
Kura-kura Kuning

Saturday, March 19, 2011

BURUNG....

Burung juga amat disukai ramai untuk dijadikan penghias halaman rumah. Kat dunia ni bermacam-macam jenis burung yang ada dengan pelbagai warna.....Cantik sangat....

Jom kita tengok sama-sama jenis-jenis burung yang ada..tapi x semua la...=).


Burung Kakak Tua

Burung Nuri

Burung Pipit


Burung Murai

Burung Merpati

Burung Hantu

Burung Gembala Kerbau

Burung Merak

IKAN..

Kebiasaannya ikan menjadi kegamaran orang lelaki, tetapi tidak semestinya kaum hawa tidak menyukainya. JOM kita tengok jenis-jenis ikan yang kebiasaannya menjadi pujaan ramai bagi menghiasi akuarium atau kolam. 

Ikan Emas


Ikan Krish


Ikan Karin/Laga



Ikan Sepat

Ikan Puyu


Ikan Arowana


Ikan Guppy


Ikan Nemo


Ikan Koi


 Ikan Cupang


Wah....cute2 gak ikan2 ni...Banyak jenis ikan lagi yang tak diperkenalkan kat sini..Maklum la, banyak sangat....

HAMSTER

Sebenarnya banyak jenis hamster yang ada di dunia ini, tetapi hanya beberapa jenis sahaja yang umum dipelihara sebagai haiwan peliharaan, antaranya ialah:
 

SYRIANS


Syrians merupakan jenis hamster yang paling besar. Merupakan haiwan yang aktif pada waktu malam seperti hamster yang lain dan suka hidup bersendirian. Biasanya yang betina akan lebih peka berbanding yang jantan. Dia akan keluar pada siang untuk melihat jika ada sesuatu berlaku. Manakala yang jantan, agak malas dan hanya akan keluar untuk membuang air dan makan. 


CHINESE

Jenis ini merupakan jenis yang jarang ditemui. Biasanya hamster jenis ini amat mesra dan mempunyai sikap yang baik. Mempunyai saiz yang agak kecil meskipun setelah dewasa sepenuhnya dan kelihatan seperti seekor tikus kecuali dia tidak mempunyai ekor yang panjang.


CAMPBELLS

Campbells adalah lebih kecil daripada Syrians dan tinggal secara koloni. Jenis ini membiak dengan cepat dan disyorkan supaya mengasingkan kedua-dua jantina. Hanya tempatkan yang sama jantina sahaja di dalam satu sangkar. Biasanya mereka mesra sesama mereka namun mereka juga bergaduh terutamanya apabila induk betina tercabar dengan yang lain. 


ROBOROVSKI

Roborovski merupakan hamster yang paling kecil sekali dalam keluarga hamster dan berasal dari Mongolia. Berhati-hati jika membela beberapa ekor hamster jenis ini kerana agak sukar untuk menjaga Roborovski yang banyak. Jenis ini biasanya agak lincah dan bergerak pantas. 


WINTER WHITES

Winter whites kelihatan seperti Campbells tetapi sebenarnya mereka lebih kecil dan mempunyai warna yang berbeza. Biasanya Winter Whites berwarna kelabu gelap manakala Campbells bewarna coklat.