Saturday, March 19, 2011

HAMSTER

Sebenarnya banyak jenis hamster yang ada di dunia ini, tetapi hanya beberapa jenis sahaja yang umum dipelihara sebagai haiwan peliharaan, antaranya ialah:
 

SYRIANS


Syrians merupakan jenis hamster yang paling besar. Merupakan haiwan yang aktif pada waktu malam seperti hamster yang lain dan suka hidup bersendirian. Biasanya yang betina akan lebih peka berbanding yang jantan. Dia akan keluar pada siang untuk melihat jika ada sesuatu berlaku. Manakala yang jantan, agak malas dan hanya akan keluar untuk membuang air dan makan. 


CHINESE

Jenis ini merupakan jenis yang jarang ditemui. Biasanya hamster jenis ini amat mesra dan mempunyai sikap yang baik. Mempunyai saiz yang agak kecil meskipun setelah dewasa sepenuhnya dan kelihatan seperti seekor tikus kecuali dia tidak mempunyai ekor yang panjang.


CAMPBELLS

Campbells adalah lebih kecil daripada Syrians dan tinggal secara koloni. Jenis ini membiak dengan cepat dan disyorkan supaya mengasingkan kedua-dua jantina. Hanya tempatkan yang sama jantina sahaja di dalam satu sangkar. Biasanya mereka mesra sesama mereka namun mereka juga bergaduh terutamanya apabila induk betina tercabar dengan yang lain. 


ROBOROVSKI

Roborovski merupakan hamster yang paling kecil sekali dalam keluarga hamster dan berasal dari Mongolia. Berhati-hati jika membela beberapa ekor hamster jenis ini kerana agak sukar untuk menjaga Roborovski yang banyak. Jenis ini biasanya agak lincah dan bergerak pantas. 


WINTER WHITES

Winter whites kelihatan seperti Campbells tetapi sebenarnya mereka lebih kecil dan mempunyai warna yang berbeza. Biasanya Winter Whites berwarna kelabu gelap manakala Campbells bewarna coklat.

No comments:

Post a Comment